Detik Waktu

Mutiara Kata

2/12/2011

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

|


Salam for all....Kalau nampak air tenang kita sepatutnya lebih berhati-hati. Kerana dalam air tenang macam-macam boleh terjadi. Akan tetapi kalau nampak orang tenang kita patut dekati, sebab dalam diri orang tenang ada emas dan permata untuk digali.
Teringat saya akan kata-kata dibangku sekolah rendah dan menengah...cikgu-cikgu yang sebut lebih kurang macam ni : Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Kadang-kadang dalam ayaq yang tenang itulah ada beribu-ribu ekoq buaya (loghat kedah sebab sekarang duk bercuti kt kedah)hehe...
Pernah tak anda jumpa orang yang kelihatan baik,tapi tiba-tiba dialah yang melibas kita. Sampai jatuh tersungkur kita dibuatnya. Tengok air muka, tengok penampilan,tengok gaya berjalan, tengok cara bercakap memang baik, tapi tahu-tahu dialah yang buat tak tentu pasal pada kita balik. Pernah jumpa tak?
Mahunya tak pernah? Saya yakin dan percaya anda pernah jumpa orang yang sebegini. Silap-silap andalah orangnya. wehhhh apa nak marah ni? anda terkecuali tapi kalau YA memang anda memang nak belasah cukup-cukup la ni.
Adakah patut, dialah yang kita harapkan,dialah yang kita sandarkan,dialah tempat kita bergantung,dialah yang kita percayakan,dialah harapan dan semangat kita, tiba-tiba dialah yang tipu dan kelentong kita,dialah yang jatuhkan kita,yang fitnahkan kita,yang tikam kita dari belakang..kita pulak jangan pandang belakang.
MasyaAllah, biar kita mati tertembak musuh yang terang daripada ditembak oleh rakan karib kita sendiri walaupun kita tak mati. Dia punya sakit jauh lebih sakit daripada segala jenis macam penyakit,betul tak? Kecuali sakit nak mati, Tapi semua manusia yang hidup tak pernah rasa sakit nak mati itu..pandang-pandang kaji-kajilah ayat quran yang berbunyi : Setiap yang bernyawa pasti merasai mati.
Saya nak ingatkan diri saya,anda juga malah semua orang, hati-hati dengan apa yang kita tidak duga. Kadang-kadang yang kita tidak duka itulah mala petakanya. Ramai orang jatuh oleh orang yang dia terlalu percayakan. Kita memang boleh percaya, tetapi curiga kena tetap ada. Wallahuallam.

0 comments:

Catat Ulasan

Pengikut

Copyright © 2010 Bulan Purnamaku

Template N2y Shadow By Nano Yulianto