
Islam sangat menitikberatkan persoalan ibadah. Ibadah dalam islam adalah bertitik tolakdaripada aqidah yang sempurna iaitu keEsaan Allah S.W.T., yakni menetapi kehendaksyariat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Ibadah yang dilakukan dengan tidak menetapikehendak syariat adalah ibadah yang sia-sia.
Ibadah memberi kesan baik kepada diri individu dan masyarakat. Contohnya, ibadah dapatmencorakkan hidup seseorang muslim dengan acuan Allah. Muslim akan merasa sentiasaterikat kepada hokum-hukum Allah dalam sebarang gerak-gerinya, dia melakukan sesuatudengan ikhlas dan sikap ini mendorong ia memperbanyakkan amal soleh yang seterusnyamenguntungkan masayarakat.
Ibadah boleh menyuburkan keimanan seseorang muslim, iman yang tidak disirami denganibadah akan menjadi kerdil dan beransur-ansur hilang.
Ibadah membentuk akhlak dan melembutkan budi pekerti kerana orang yang beribadat itusentiasa melatih diri untuk untuk taat kepada perintah Allah serta mencari keredhaan-Nyadalam semua bidang kehidupan.
Amalan yang ikhlas, adalah dinilai sebagai ibadah, sama asa berupa ibadah khusus yangmenghubungkan secara langsung antara hamba dengan Pencipta, seperti solat, zakat danpuasa atau ibadah umum yang menghubungkan antara hamba seperti berniaga, bertani danberkahwin.
Sebenarnya Allah S.W.T. menciptakan manusia hanyalah bertujuan supaya mereka ituberibadah kepada-Nya semata sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :
" Dan tidak Aku ciptakan Jin dan manusia melainkan supaya mereka tunduk mengabdikandiri kepada-Ku."(Al-Zariat:56)
Persoalan akhlak juga amat dititikberatkan oleh Islam ke atas penganut-penganutnya.Malah ianya menjadi tujuan utama utusan Allah, sebagaimana sabda Nabi, mafhumnya :
"Sesungguhnya aku diutuskan ialah untuk menyempurnakan akhlak mulia".
Akhlak adalah umpama buah bagi pokok yang hidup subur, tanpa pokok tiadalah buah,begitu juga dengan ibadah. Tanpa ibadah tiadalah akhlak. Buah yang baik tentunyamemerlukan pokok yang hidup subur, begitu juga dengan akhlak yang luhur tentunyamemerlukan ibadah yang berkualiti dan dikerjakan secara berterusan. Jika ibadahseseorang itu teguh, teguhlah akhlaknya dan begitulah pula sebaliknya.
Akhlak dalam Islam adalah bertitik tolak daripada pengabdian seseorang kepada Allahs.W.T. dengan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Baginda adalah peribadi contoh terbaik.Semua perangai yang bertentangan dengan akhlak Rasulullah S.A.W. adalah dikira tidakberakhlak. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang paling mulia."
sumber : http://www.scribd.com/
0 comments:
Catat Ulasan