Detik Waktu

Mutiara Kata

3/20/2011

Nasihat dari muslimat..adakah kerana putus tunang?

|

Alhamdulillah...Syukur kerana sejak akhir-akhir ini ada seorang muslimat yang antivirus dengan muslimin semakin galak memberi nasihat kepada ana yang serba dhoif lagi hina ini,alhamdulillah nasihat kearah kebaikan,silakan...tapi yang terkilannya nasihat ni berlaku setelah dia mengalami pengalaman hancur bersama bekas kekasih atau tunangnya suatu ketika dulu..Ana jadi konfius konfius dan konfius,kalaulah tidak putus tunang dan kemungkinan pernah terlanjur adakah sampai nasihat sebegini?adakah ingin membalas dendam atau sebaliknya..aduhai muslimat......memberi nasihat dan menerima nasihat itu perlu lebih-lebih lagi sesama saudara tetapi biarlah bukan kerana dendam kesumat terhadap kaum hawa, mestilah kena pada tempat dan tidak menyakitkan hati dan perasaan antara satu sama lain lebih-lebih lagi sahabat yang saling menyayangi..

Berkaitan dengan cara menasihati orang yang melakukan kesalahan, perlu diperhatikan beberapa perkara:

1. Hendaknya nasihat tersebut dilakukan dengan penuh keramahan dan lemah lembut disertai keinginan yang kuat untuk menyelamatkan orang yang salah tersebut dari kesalahannya apabila kesalahannya tersebut memang terbukti.

2. Apabila berita yang didengar tentang saudaranya masih samar, maka hendaknya dia mengemukakan prasangka baik sebagaimana yang diucapkan oleh Amirul Mukminin Umar bin Khattab berkata:

"Janganlah engkau berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari saudaramu yang mukmin kecuali dengan persangkaan yang baik. Dan hendaklah engkau selalu membawa perkataan saudaramu tersebut kepada persangkaan yang baik."

3. Apabila seseorang telah menasihati saudaranya, maka bererti ia telah menunaikan kewajiban dirinya. Maka hendaknya ia tidak mengikuti gerak-geri orang yang dinasihati serta tidak menceritakannya, apalagi memburuk-burukannya di depan orang lain. Sebaliknya, selayaknya dia menyibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat, baik bagi dirinya mahupun bagi orang lain.

4. Apabila dikatakan kepada seseorang tentang kesalahan yang dilakukannya, maka ini adalah perkara yang baik. Berkata sebahagian Ulama’ pada saudaranya: "Janganlah kamu menasihatiku hingga kamu mengatakan apa yang tidak aku suka dihadapanku". Apabila seseorang memberitahukan kepada saudaranya tentang kesalahan yang ia lakukan maka itu adalah suatu kebaikan. Dan bagi orang yang memiliki kesalahan (aib) hendaklah ia diberi kesempatan untuk memberi alasan jika ia mempunyai alasan. Sebaliknya jika si pemberi nasihat memberitahukan (aib) dengan cara memburuk-burukkan orang tersebut maka ia adalah orang yang buruk akhlaknya dan tercela.

5. Rasulullah SAW melarang memburuk-burukkan dan mencela orang yang melakukan dosa tapi telah bertaubat. Seperti Nabi Muhammad SAW melarang mencela wanita yang berzina akan tetapi telah taubat dengan menjalani hukuman.

Berkata Al-Fudhail:

"Seorang mukmin menutupi aib dan menasihati, sedangkan seorang yang keji membukanya dan memburuk-burukkan." Yang disebutkan oleh Al-Fudhail adalah salah satu tanda-tanda menasihati adalah diiringi dengan menutupi aib/kesalahan orang yang dinasihati. Sedangkan mencela atau memburuk-burukkan diiringi dengan menceritakannya di depan orang lain".

6. Adapun orang menyebarkan aib, maka ini termasuk yang diharamkan oleh Allah, kerana kecintaannya untuk menyakiti saudaranya sesama mukmin dan menimpakan merbahaya kepadanya. Ini adalah sifat Iblis laknatullah yang dihiasi dengan kekufuran, kefasikan dan maksiat agar anak cucu Adam menjadi penghuni neraka.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji tersebut tersiar dikalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( An-Nur: 9)

2 comments:

sHieLa berkata... 10 Disember 2011 12:05 PG

assalamualaikum. maaf, tapi mahu membetulkan. ayat last tu, surah an-nur ayat 19, bukan 9

Nik Badri Bin Nik Ab Aziz berkata... 18 Disember 2011 12:38 PG

Waalaikumussalam...terima kasih atas teguran..al insan nasia

Catat Ulasan

Pengikut

Copyright © 2010 Bulan Purnamaku

Template N2y Shadow By Nano Yulianto